Helllooo.Sebelum saya tulis pengalaman sendiri jadi dropship saya nak terangkan dulu apa itu dropship.
~~~~~~¥¥¥¥~~~~~~~~~~~~¥¥¥¥¥¥¥~~~~
Dropship adalah memerlukan anda mempromosikan dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya secara 'online'. Anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan hantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agen dropship ....
Sekarang ni di mana-mana sahaja ada dropshipper.Kebanyakkannya suri rumah, atau student sbb income yg banyak.
'TAPI KENAPA SAYA TAK BAGI ANDA JADI DROPSHIP??' ....
Haaa, inilah yg saya nak cerita kan..Menjadi dropship mmg senang hanya post iklan dan layan pelanggan sahaja ,barang kita tak pegang,post pon bukan kita. Dan sbb itulah dropship ini susah, bila kita tak pegang stock kita tak tahu pon kalau2 stock dah habis... Saya pernah kena,saya tanya kat supplier stock ada ke tak.Supplier kata ada,tapi bila customer pon dah bayar,saya pon dah bayar dan bagi detail kat supplier.3 hari tunggu.TUP TUP STOCK RUPANYA HABIS !!!. Saya pon minta maaf kepada customer yg dah bayar, bukan sorang tapi 5 yg saya kena pulang balik duit... Bukan tu jer. Ada yg maafkan, tapi ada yg maki dan marah2 ..Untung pon tak dapat ...haihhhh
Problem ke-2. post pon bukan kita, jadi supplier akan post brg untuk kita.Bila saya mula2 start jadi dropship mmg ok yelah kita x tahu apa akan jadi akan datang..
Tapi lama2 baru saya perasan yg supplier post lambat. Paling cepat??? 1 minggu baru post. Kalau lambat pulak waktu bulan puasa, saya bayar kat supplier awal puasa, dah dekat raya baru customer dapat. Bila saya tanya dah post ke belum inilah antara alasan2 yg saya terima:
1.stock habis(problem no.1 satu tadi)
2.pos laju tutup
3.banyak order nak post,tak sempat post
4.anak tak sihat
4.busy
Problem ke-3:Salah post barang. Salah post barang ni mmg saya kadang2 maafkan sbb tak dapat dielakkan. Tapj jadi problem besar bila customer mintak refund or tukar.
Problem ke-4 RUPANYA SUPPLIER ADALAH DROPSHIP JUGAK. ayoyoyooooo....~~~
Saya tak halang jadi dropship tapi lebih baik anda pegang dan post stock sendiri, jadi tak adalah ada alami problem yg sama macam saya . Lebih baik ada beli secara wholesale dan jual sendiri online. Daripada pengalaman saya, sejak kena macam itu bila jadi dropship saya pon buat bisnes sendiri, dan lagi menguntungkan.
Contohnya: Kalau Dropship saya biasa untung rm8 sehelai.
Kalau bisnes sendiri pulak untung rm20 sehelai.
Sbb harga wholesale biasanya lebih murah berbanding dropship..Ada banyak tempat wholesale yg ada dekat area selangor dan kl(saya akan buat blog tentang itu pada masa akan datang).
DROPSHIP YG SAYA TAK ALU-ALUKAN ANDA MENIAGA IALAH:
1.BAJU ATAU SELUAR RM12,10,8.
2.PRODUK KECANTIKAN YG MENJUAL BARANGAN INSPIRED. (takut apa2 terjadi kepada cutomer bila menggunakan produk tu)
3.MENJADI DROPSHIP BAWAH AGENT DROPSHIP.
...
p/s:saya bukan nak memburukkan perniagaan sesiapa ianya hanyalah nasihat. terpulang kepada individu.♥.
ianya hanya dari pengalaman sendiri dan kisah benar.